Tuesday, December 29, 2009

KECERDASAN OTAK KANAK-KANAK

Kecerdasan pemikiran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor baka penting. Jika seseorang itu berketurunan dari orang- orang yang berilmu dan berakhlak murni, insyaallah mudahlah ciri- ciri ini membenih dalam jiwanya. Tetapi setiap individu boleh mengubah dirinya jika dia mempunyai azam yang kuat untuk mencapai matlamat yang diingininya. Dia mampu mengatasi faktor- faktor yang menyekat kemajuannya. Umpamanya walaupun keluarga, atau saudaramara yang terdekat tidak ada yang menunjukkan pencapaian yang diidamkannya kerana faktor kemiskinan, tidak mustahil baginya untuk berjaya menjadi seorang cendekiawan atau hartawan yang disegani.

Selain baka, faktor asuhan juga adalah pendorong kepada kecerdasan mental kanak- kanak. Ibu- bapa yang berakhlak mulia, mengasuh anak- anak mereka dengan baik serta memastikan yang segala keperluan anak- anak mereka dipenuhi, anak dididik,ditegur jika berkelakuan sumbang, diawasi supaya tidak terpengaruh dengan anasir anasir negatif

Semuanya ini memberi positif kepada perkembangan anak.

Makanan mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan kerohaniah anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang bersih dan halal. Pemakinan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fisikal, mental anak yang kian membesar. Tertib makan dan minum hendaklah dipupuk agar anak anak tidak menjiwai sikap rakus yang boleh menjejas pula kesihatan zahir dan batinnya. Didiklah mereka supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum

Gejala gejala yang boleh merosakkan perkembangan sahsiah anak anak perlu dikenalpasti dan dibenteras. Ini boleh datang dari pelbagai sudut dan kadangkala tidak disedari. Saya pernah bertemu seorang kanak kanak berusia 8 tahun yang terlalu asyik dengan cyberpad sehingga tidak patuh langsung kepada arahan ibu bapa malahan berlaku biadab terhadap mereka. Setiap unsur dipersekitaran boleh mendatangkan manfaat tetapi boleh juga merosakkan. Ibu bapa perlu sentiasa menimbang dan tidak mengikut segala kemahuan anak anak. Adakalanya pergaulan prlu disekat kerana dirasakan lebih banyak menyebabkan anak- anak menerap ciri- ciri yang kuranag baik. Jika mereka tidak mudah dipengaruhi oleh rakan- rakan yang nakal, elok juga diperingatkan supaya tidak lalai

Walaupun media massa termasuk televisyen membawa manfaat Pemikiran anak- anak boleh diracuni. Suasana masa kini dengan adanya teknologi maklumat (Information technology atau IT) yang canggih memerlukan latihan jiwa untuk anak- anak agar mereka tidak mudah diracuni dengan gaya pemikiran yang tidak sihat. Akibat batin mereka diracun, mereka mudah menjadi mangsa rayuan dan umpan oleh pihak– pihak yang akan membawa.kepada kehancuran pemikiran manusia.

Riadah seperti berenang atau lain- lain jenis sukan addalah baik untuk kesihatan jasmani dan rohani anak- anak dari berfoya- foya atau leka menonton televisyen sehingga berjam- jam lamanya. Anak- anak hendaklah digalakkan supaya suka kepada ilmu. Pupuklah sikap suka membaca dan suka berdamping dengan orang yang berilmu dan berakhlak mulia.

Sikap berdikari boleh dipupuk dari kecil lagi dengan memberi tanggungjawab yang bersesuasaian dengan umurnya. Gallakkanlah anak- anak supaya rajin berusaha. Didiklah mereka supaya sentiasa bersabar dan mangambil iktibar dari kegagalan. Cara ini akan memupuk sikap berdisiplin dan menanam semangat juang yang kuat. Tekankan pentingnya sikap optimis kerana ia adalah penting bagi anak- anak supaya tidak mudah putus-asa.

Saturday, December 26, 2009

BERITA DARI MASJID NABAWI.....

BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA :

” AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW ”. WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, YAITU DI MASJID NABAWI SAUDI ARABIA.

” Pada malam tatkala hamba membaca Al’Quran di makam Rasulullah, dan hamba sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan beliau berkata, ” didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, diantara bilangan itu tidak ada seorang pun yang mati beriman, dikarenakan :

1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya.

2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbang rasa belas kasihan kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, Oleh sebab itu wahai Syeckh Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT ”. Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenannya hamba berpesan kepada segenap Ummat Islam di dunia :

a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.

b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 (lima) waktu.

c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah di bulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.

(petikan ini di ambil dari Laman Dakwah Islamiah)

Friday, December 25, 2009

Any child is a gift from Allah the Almighty. They are born pure and clean and it is the parent who will make them a Jew or Christ: Hadith Nabawi

O' Mankind! We created you from a single pair of a male and female, and made you into different nations and tribes, that you may know each other. Verily, the most honoured of you in the sight of God is the most righteous of you. And God has full knowledge and is well acquainted with all things!Al Quran 49:13

Thursday, December 24, 2009

TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.

Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlumba-lumba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.

Tanda kiamat besar adalah perkara besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.

Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, "Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s.

"Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat".

Ibnu Hajar melanjutkan, "Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat".

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah SAW

Jabir r.a. berkata, "Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian". Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)

2. Disia-siakan amanah

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, "bilakah masanya akan terjadi kiamat?"Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, "Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya".

Berkata sebagian yang lain, "Rasulullah tidak mendengar". Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: "Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?" Berkata lelaki Badwi itu, "Saya, wahai Rasulullah". Rasulullah SAW berkata, "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana menyia-nyiakannya?" Rasulullah menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat". (riwayat Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "haraj adalah pembunuhan, pembunuhan". (riwayat Muslim).

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia". Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinaan

13. Banyaknya kaum wanita

Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.

15. Berleluasnya riba dan harta haram

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, "Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya". (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)

Thursday, December 17, 2009

Gelang untuk perubatan HARAM

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. "
Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis-jenis gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Monday, December 14, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431

Kepada semua Ibubapa & pembaca blog Tadika An-Nur Barakah
dari
Kakitangan Tadika An-Nur Barakah.
Semoga tahun 2010 ini memberi 1001 keberkatan kepada kita semua.
Amin.......

(fikirkan sejenak)

TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA

Sebagai seorang khalifah, setiap manusia itu bertanggungjawab terhadap negaranya seperti mempertahankan negaranya daripada dicerobohi oleh musuh-musuh luar dan juga unsur negatif dalaman yang boleh menghancurkan negara seperti fitnah-menfitnah, penindasan terhadap orang lain dan sebagainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan menyebarkan kebaikan, dermawan terhadap kerabat, mencegah daripada melakukan kekejian, kemungkaran dan penindasan. Ia mengajar kamu supaya kamu beringat-ingat." (Surah Al-Nahl: 90).

Di dalam menjalankan peraturan dan hukum di dunia ini, hendaklah kita merujuk kepada hukum Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak menghukum menurut apa yang apa yang telah diperintahkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir". (Surah Al-Maidah: 44).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AT TADIKA AN NUR BARAKAH

- We help children to build a natural love for knowledge & learning.

- We nurture children in an environment that promote them confidence in English & Arabic.

- We develop children's early learning in understanding of Islam & their duties to Allah positively & assuredly.

- We shape children's character to practice good Adaab & Akhlaq in themselves, towards others around them & also their surroundings.


OUR APPROACH

- Conducted in 2 languages i.e.: English & Bahasa Melayu are taught towards basic reading, skill & creative self expressions.

- Islamic Child Development (The Khalifah Method).

- Small Group / Personal Attention & special Supervision.

- Learning Through Play / Thematic Approach.

- Social-Emotional Development / Outing.


OUR CURRICULUM

- Kaedah Cepat Membaca "Bacalah Anakku".

- Kaedah Cepat "Read easy & Magic Phonics"

- Adventurous Science / Meaningful Mathematics.

- Islamic Curriculum : Practical Solat / Doa / Tilawah (Teknik Al-Baghdadi) / Hafazan.

- Islamic Studies (Adaab , Akhlaq, Seerah) / Arabic & Jawi.

- Mental Arithmetic.

- Creativity & Aesthetic.

- Physical Education.


WE ALSO OFFERS:

- Day care & transit after class

- Transportation

- Kelas Membaca "Bacalah Anakku"

- Kelas Mental Arithmetic

- Kelas Al-Baghdadi


SUBJECT TO BE LEARNED

Bahasa Melayu
English
Mathematics (English medium)
Science (English medium)
Islamic studies
Tilawah (teknik Al-Baghdadi)
Computer lesson
Art & Craft

LOKASI KAMI...